Wednesday, 13 September 2017

Happy Second Anniversary My Dear

Hari ini genap sudah dua tahun usia perkahwinan kita..
Alhamdulillah kita dah bertiga..
Allah kurniakan Rabiatul Adawiyah Rasyidah untuk kita jaga..
Anugerah terindah yang tidak pernah kita duga..
Cantik dan sempurna seperti yang kita pinta..
Dua tahun ini terlalu banyak suka duka..
Dua tahun ini juga mengajar kita erti rela..
Terima kasih yang tidak terhingga..
Sanggup melayan kerenah dan ragam saya..
Walaupun kadang-kala merajuk dan menangis sesaja..
Alahai..tengok drama pun nangis juga..
Memang saya “cengeng” orangnya..
Ucapan dan hadiah pastinya bukan sy dipinta..
Tapi kalau nak bagi pun saya terima aja..ekekeke..
Awak ada senantiasa disisi cukup adanya..
Menjadi imam saya di setiap waktu dan ketika..
Subuh, Zuhor, Asar, Magrib dan Isyak kita tunaikan bersama..
Jangan lagi kita lalai dan alpa..
Sesungguhnya solat adalah kekuatan kita..
Saling mengingati apabila salah seorang antara kita terlupa..
Agar nanti bila lemah dan tidak berdaya..
Allah kan senantiasa di sisi kita..
Untuk kita bangkit dan bangun semula..
Meneruskan perjuangan yang masih bersisa..
Memang kalau diikutan hati dan rasa..
Terlalu banyak yang saya mahu dan pinta..
Mahu hidup di rumah sendiri dan hanya kita bertiga..
Namun Allah maha adil lagi bijaksana..
Memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita minta..
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah ditetapkan oleh NYA..
Semoga ikatan yang terbina antara kita kekal selamanya..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yg ke-2
Love u so much my dear..

Popular Posts