Wednesday 13 September 2017

Happy Second Anniversary My Dear

Hari ini genap sudah dua tahun usia perkahwinan kita..
Alhamdulillah kita dah bertiga..
Allah kurniakan Rabiatul Adawiyah Rasyidah untuk kita jaga..
Anugerah terindah yang tidak pernah kita duga..
Cantik dan sempurna seperti yang kita pinta..
Dua tahun ini terlalu banyak suka duka..
Dua tahun ini juga mengajar kita erti rela..
Terima kasih yang tidak terhingga..
Sanggup melayan kerenah dan ragam saya..
Walaupun kadang-kala merajuk dan menangis sesaja..
Alahai..tengok drama pun nangis juga..
Memang saya “cengeng” orangnya..
Ucapan dan hadiah pastinya bukan sy dipinta..
Tapi kalau nak bagi pun saya terima aja..ekekeke..
Awak ada senantiasa disisi cukup adanya..
Menjadi imam saya di setiap waktu dan ketika..
Subuh, Zuhor, Asar, Magrib dan Isyak kita tunaikan bersama..
Jangan lagi kita lalai dan alpa..
Sesungguhnya solat adalah kekuatan kita..
Saling mengingati apabila salah seorang antara kita terlupa..
Agar nanti bila lemah dan tidak berdaya..
Allah kan senantiasa di sisi kita..
Untuk kita bangkit dan bangun semula..
Meneruskan perjuangan yang masih bersisa..
Memang kalau diikutan hati dan rasa..
Terlalu banyak yang saya mahu dan pinta..
Mahu hidup di rumah sendiri dan hanya kita bertiga..
Namun Allah maha adil lagi bijaksana..
Memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita minta..
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah ditetapkan oleh NYA..
Semoga ikatan yang terbina antara kita kekal selamanya..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yg ke-2
Love u so much my dear..

Tuesday 16 May 2017

Kueh raya budget tp sedap bak hang..

Assalamualaikum ulos...

Wah..wah..wah..lama bebenor ya tak update tetiba datang-datang jual kueh raya ko..hihi..biasa la musim-musim raya so kita jual la kueh raya..musim buah pulak kita jual la buah..yeke? mcm tak pernah pulak jual buah pon..Udahlah merapu cikmas oi..back to our story..gitew..ni nk bgtau kome-kome sekelian..kueh raya yg sedap tapi murah..budak-budak pun suka..mak dan pak budak confirm suka..Almaklum la zaman sekarang semua kueh muih mahai-mahai belaka..tapi bukan sedap sangat pun..yang sedap tu sedap la..yang tak sedap ni hangin jugak kalau bayor mahal-mahal..dak gitu?.

Ni biskut raya yg aku jual..sebekas macam dalam gambar tu cuma RM15 je..Cepat-cepat order..kan dah close order nangis tepi bucu katil plak..ekekeke..

Call/Whatsapp : 0132057518
COD untuk Shah Alam dan PJ







Tuesday 24 November 2015

Still not too late - Pohon lah Rumah Pr1ma

Alhamdulillah..Allah bagi aku kesedaran..memang kalau fikir tak mampu..memang tak mampu..tapi usaha tetap kena ada..In Shaa Allah, Allah permudahkan..Serius gila plak kali ni kan entry aku ni..Sebenarnya nak cerita pasal rumah prima ni..Kepada ssesiapa yang tak memohon lagi sila la rajinkan diri anda untuk memohon..Just fill up beberapa info then submit..sangat senang bak hang..tapi kalau itu pun malas jugak..memang tak dapek la nak nolong..So,sila lah layari website ni: http://www.pr1ma.my/.In Shaa Allah, ada rezeki korang nanti..tak kan selamanya nak hidup menyewa je kan..



Sila la click yang dibulatkan merah untuk membuat pendaftaran.Kat dalam website ni korang boleh jugak cuci mata tengok rumah-rumah yang berkenan di hati.

If sesiapa ada kelapangan hujung bulan nanti, jom kita serbu expo rumah prima kat PWTC.







Tuesday 17 November 2015

Cameron Higland -Our First Honeymoon Part 2

Baru nak masuk part 2..memang rajin betul kan..kan..kan..bukan apa kekadang tu sel-sel otak ni tak nak berhubung pulak..sangkut-sangkut macam astro bila time hujan..eh..ape kene mengena plak dengan astro..moh le kita sambung honeymoon trip sebelum aku mereput merapu entah apa-apa lagi..

Lepas je singgah kat Lavender Garden, kitorang terus gerak ke hotel.Dalam pukul 3 lebih rasanya baru sampai ke Copthorne Hotel..memang super bang hang..hotel ni memang sebelah je pasar brincang..sangat-sangat senang mencari..dari jalan besar dah nampak sign-board besar gedabak..



Ni je la yang sempat kitorang snap sebab dah penat sangat dah..terbayang-bayang tilam dan bantal..


Lepas check in, kitorang recharge dulu energy..hihi..pikir ape tu..korang ni mentang-mentang la pengantin baru tak ada benda lain la ya..kitorang bantai tidur sampai kul 6..pastu bangun-bangun je terus pening kepala sebab aku ni memang tak biasa tido lepas asar..sekali terbabas menggong sekejap.

Malam tu kami decide pi pekena steamboat. Dah sejuk-sejuk kan so memang kena lah dengan yang panas-panas. Actually, tempat ni aku dapat daripada blogger http://wahidayatulaswa.blogspot.my/, terus tergoda habis.Tambah pulak kitorang ni hantu steamboat. Tapi tempat ni kat tanah rata so memang kitorang kene turun le, tapi tak de la jauh sangat dari hotel.Kalau kentut tu still boleh bau lagi la..hahahahaha..So meh la layan gambar-gambar yang ado..Ni pakai tanganpod je..boleh pulak terlupa nak beli monopod..so gasak la labu..









Harus la ada adegan suap-menyuap..so jangan jealous..mihahahaha..


So berakhir la first day kitorng, memang tak banyak tempat pergi..nama pun honeymoon..berjalan tu dan numbor dua..yang numbor satu berdua-duan..hihihi..

Cikedau..




Monday 19 October 2015

Cameron Higland -Our First Honeymoon Part 1

Assalamualaikum readers..

Alhamdulillah, dah settle majlis kedua-dua pihak..memang terlalu banyak sangat dugaannya..tapi teman malas nk pikior yg negative..so kita amik yang positif sajo..inilah ujian ALLAH untuk menguji kesabaran hambaNYA..Cewahh...

Berbolak Balik ke cerita di tajuk utama.hahaha..mcm baca berita pulak kan..sikit punya skema ayat aku ni..Alhamdulillah, lebih kurang seminggu jugak la kat kampung..menikmati udara yang sangat-sangat segar kalau nk di bandingkan dengan Shah Alam yg boleh sesak nafas ni..aku dgn en teman sekatil pun bertolak ke Cameron Highland.

So nak ke sana dari kampung halaman ku agak mencabar jugak le..kitaorg main redah je ikut sign board..tp alhamdulillah, smpai ke tanah rata tu dalam pukul 1..Kitorang gerak dalam pukul 8.00 pg dari Machang..Jalan memang clean and clear tp memandangkan both of us ni le first time drive..so baik le ambik pendekatan biar lambat asal selamat.


Our first place..Cameron Lavender Garden..



Sedap gilos  la pucuk labu goreng..walaupun agak mahal..satu mangkuk kecik 5 ringgit bak hang tp berbaloi baloi..











Sebagai penutup kisah part 1 ni, aku tutup dengan aiskrim strawberry tu..kaya betul strawberry nya..selambak gitu..almaklum la cameron highland..tanah tumpah darahnya..Eh..ok see you ni the next enty..daaa

Friday 25 September 2015

28.8.2015 Tarikh Bersejarah

Assalamualaikum Readers..


Perh..tajuk nak gempak je kan..macam nak buat hari ini dalam sejarah pulak..kepada sapa yang tak tahu tu..meh cheq habaq mai..poyo plak mek kelate ni kecek Kedah..Biasa la laki cheq orang utara..Alhamdulillah, aku dan en fiancĂ© telah selamat di injab kabul..Walaupun terlalu banyak dugaan dan halangan yang terpaksa kami tempuhi..hinggakan ke hari kenduri..nak kata perancangan last minute rasanya lepas tunang bulan Feb hari tu kami dah dung dang dung dang dah buat persiapan namun inilah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..Ceh, jadi ustajah pulak ya..malas nk sembang kencang, meh le kita tengok gambar-gambar ya..ni belum official photographer bagi sepenuhnya..anyway, memang salute la photographer aku ni merakap rakan sekolah masa form 6 dulu..dia amik gambar bukan sekadar untuk duit tapi kerana minat..memang all out habis sampai meniarap ambil gambar kitorang..if sapa-sapa yang nak amik dia korang boleh la tengok kat FB page: https://www.facebook.com/Hulubalang-photography-155002201216759/timeline/. Kat area KL/Selangor pun boleh memandang dia keje kat hospital selayang je then kat Kelantan pun boleh bha..

Sebelum akad nikah..berdebarnya hanya tuhan je yang tahu..macam aku plak nk salam dengan tok kadi.
 
Alhamdulillah..dah selamat daaa
 






 
 

Wednesday 22 July 2015

Ujian Saringan HIV dan thalasemia

Assalamualaikum uolsss..

Alhamdulillah, hari ini satu lagi perkara dalam list dh settle.Tunggu masa nk kawin sajo..eh..eh..eh..gatai no..So untuk documentation part tinggal nak pergi jumpa imam untuk surat keluar mukim..almaklumlah kawin tak sama negeri..then submit kat MAIS..lepas tu baru le part aku pulak..insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segalanya ya..

So, berbalik pulak ke cerita asal.,Ujian saringan tu aku buat kat Klinik Kesihatan Section 19, Shah Alam..dekat sikit le dengan ofis aku kan..So mintak ke en fiance tu datang amik kat ofis.

Ktorg sampai dalam kul 8.40 am, perhhhhh ramai gile habaq hang..eh,,pehal hal pulak ni..dah macam hospital daa..sekali ujian tu start kul 10.00 am..pastu limited untuk 30 orang sajo (15 lelaki and 15 pompuan).. Ceh..nasib le kan..Dah alang-alang terawal sangat pergi la makan apa yang patut memandangkan dua-dua belum sarapan..Kitaorang sarapan kat Shaz je..Aku mcm biasa le pepagi ni makan roti telur and nescafe tarik kurang manis..dan en fiance pulak maggi goreng and nescafe O ais..memang tak lepas dengan ais..tak pasal-pasal kena bebal dengan aku kan..hahahahahahaha

Lepas kitorang melaktak sarapan, so masuk balik dalam klinik..Tepat pukul 10.00, en fiance dan terpacak kat kaunter 4..takut tak dapat plak nanti borang nya kan..Perhhhhh...banyak gila borang nak kene isi..sila bertabah lah wahai B2B..aku pun naik leguh tangan nak isinya..Lupa pulak nak snap borang tu..Ceh..So kepada B2B sekelian, no photocopy or download2 form okeh..uols kena datang sendiri,kalau dekat section 19 ni memang tak ade temujanjinya..walk in sajo..

Lepas isi borang baru boleh amik number gilirin..ceh..sabor je la..tapi nasib la tak lama menunggu kalau tidak aku dah mengamuk sambil campak-campak pen..eh..pe hal pulak minah ni meroyan kan.. tu tambahan je la..aku ni penyabar orangnya..ewahhh...

Lepas kene pangil, serah borang pastu bayar seringgit. Yang ni en fiance belanja sebab aku tarak duit kecik.Nampak bongkak di situ..hahahaha..

Then kitorang letak borang tu kat kaunter ( alaaa...lupa la plak). Letak je depan pintu, kat situ ade sediakan macam para..hahahaha..Klasik gila..siap para tu..so kalau yang tak tahu para tu apa tanya la Mr Google ya..

Uwaaaa...kena cucuk le..aku ingat kat jari je..rupanya dia cucuk dengan lengan le..satu botol dia amik darah aku..ceh...


Banyak ni la darah aku yang telah di ambik..huk huk huk
Lepas tu tunggu le en fiance habis dan letak kat kaunter 20..yang ni aku ingat sebab aku kelakar gila kat sign board tu.. "Diabetik dan pesakit luar" hahahahahaha..siap aku google beb..ade ke penyakit tu..setahu aku diabetes je..kalau in malay pun diabetis kan...maybe term medical kot..ke sapa-sapa yang suka makan betik..hahahaha..

Lepas dapat result kene pergi balik tempat yang aku kene ambik darah td.. result dia mcm ni ha..



Lepas dah bagi, kene tunggu lagi..Then lepas tu baru le dapat form biru..gambar tak do..letak dalam kete.. Alhamdulillah, both of us negative for HIV dan Thalasemia...

Ok ..dah.. tamat..





Popular Posts