Wednesday 22 July 2015

Ujian Saringan HIV dan thalasemia

Assalamualaikum uolsss..

Alhamdulillah, hari ini satu lagi perkara dalam list dh settle.Tunggu masa nk kawin sajo..eh..eh..eh..gatai no..So untuk documentation part tinggal nak pergi jumpa imam untuk surat keluar mukim..almaklumlah kawin tak sama negeri..then submit kat MAIS..lepas tu baru le part aku pulak..insyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segalanya ya..

So, berbalik pulak ke cerita asal.,Ujian saringan tu aku buat kat Klinik Kesihatan Section 19, Shah Alam..dekat sikit le dengan ofis aku kan..So mintak ke en fiance tu datang amik kat ofis.

Ktorg sampai dalam kul 8.40 am, perhhhhh ramai gile habaq hang..eh,,pehal hal pulak ni..dah macam hospital daa..sekali ujian tu start kul 10.00 am..pastu limited untuk 30 orang sajo (15 lelaki and 15 pompuan).. Ceh..nasib le kan..Dah alang-alang terawal sangat pergi la makan apa yang patut memandangkan dua-dua belum sarapan..Kitaorang sarapan kat Shaz je..Aku mcm biasa le pepagi ni makan roti telur and nescafe tarik kurang manis..dan en fiance pulak maggi goreng and nescafe O ais..memang tak lepas dengan ais..tak pasal-pasal kena bebal dengan aku kan..hahahahahahaha

Lepas kitorang melaktak sarapan, so masuk balik dalam klinik..Tepat pukul 10.00, en fiance dan terpacak kat kaunter 4..takut tak dapat plak nanti borang nya kan..Perhhhhh...banyak gila borang nak kene isi..sila bertabah lah wahai B2B..aku pun naik leguh tangan nak isinya..Lupa pulak nak snap borang tu..Ceh..So kepada B2B sekelian, no photocopy or download2 form okeh..uols kena datang sendiri,kalau dekat section 19 ni memang tak ade temujanjinya..walk in sajo..

Lepas isi borang baru boleh amik number gilirin..ceh..sabor je la..tapi nasib la tak lama menunggu kalau tidak aku dah mengamuk sambil campak-campak pen..eh..pe hal pulak minah ni meroyan kan.. tu tambahan je la..aku ni penyabar orangnya..ewahhh...

Lepas kene pangil, serah borang pastu bayar seringgit. Yang ni en fiance belanja sebab aku tarak duit kecik.Nampak bongkak di situ..hahahaha..

Then kitorang letak borang tu kat kaunter ( alaaa...lupa la plak). Letak je depan pintu, kat situ ade sediakan macam para..hahahaha..Klasik gila..siap para tu..so kalau yang tak tahu para tu apa tanya la Mr Google ya..

Uwaaaa...kena cucuk le..aku ingat kat jari je..rupanya dia cucuk dengan lengan le..satu botol dia amik darah aku..ceh...


Banyak ni la darah aku yang telah di ambik..huk huk huk
Lepas tu tunggu le en fiance habis dan letak kat kaunter 20..yang ni aku ingat sebab aku kelakar gila kat sign board tu.. "Diabetik dan pesakit luar" hahahahahaha..siap aku google beb..ade ke penyakit tu..setahu aku diabetes je..kalau in malay pun diabetis kan...maybe term medical kot..ke sapa-sapa yang suka makan betik..hahahaha..

Lepas dapat result kene pergi balik tempat yang aku kene ambik darah td.. result dia mcm ni ha..



Lepas dah bagi, kene tunggu lagi..Then lepas tu baru le dapat form biru..gambar tak do..letak dalam kete.. Alhamdulillah, both of us negative for HIV dan Thalasemia...

Ok ..dah.. tamat..





Popular Posts