Friday 25 September 2015

28.8.2015 Tarikh Bersejarah

Assalamualaikum Readers..


Perh..tajuk nak gempak je kan..macam nak buat hari ini dalam sejarah pulak..kepada sapa yang tak tahu tu..meh cheq habaq mai..poyo plak mek kelate ni kecek Kedah..Biasa la laki cheq orang utara..Alhamdulillah, aku dan en fiancĂ© telah selamat di injab kabul..Walaupun terlalu banyak dugaan dan halangan yang terpaksa kami tempuhi..hinggakan ke hari kenduri..nak kata perancangan last minute rasanya lepas tunang bulan Feb hari tu kami dah dung dang dung dang dah buat persiapan namun inilah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..Ceh, jadi ustajah pulak ya..malas nk sembang kencang, meh le kita tengok gambar-gambar ya..ni belum official photographer bagi sepenuhnya..anyway, memang salute la photographer aku ni merakap rakan sekolah masa form 6 dulu..dia amik gambar bukan sekadar untuk duit tapi kerana minat..memang all out habis sampai meniarap ambil gambar kitorang..if sapa-sapa yang nak amik dia korang boleh la tengok kat FB page: https://www.facebook.com/Hulubalang-photography-155002201216759/timeline/. Kat area KL/Selangor pun boleh memandang dia keje kat hospital selayang je then kat Kelantan pun boleh bha..

Sebelum akad nikah..berdebarnya hanya tuhan je yang tahu..macam aku plak nk salam dengan tok kadi.
 
Alhamdulillah..dah selamat daaa
 






 
 

Popular Posts